Thursday, February 10, 2011

Percutian yang ditunggu-tunggu

بسم الله الرحمن الرحيم

Tomorrow has come..! Insyaallah, esok saya akan bermusafir ke Hatyai menggunakan keretapi dan kemudian ke Krabi pula. Semoga Allah melindungi perjalanan kami esok. Jika berkesempatan, akan saya coretkan sedikit pengalaman perjalanan kami kelak. Tak sabarnya nak tunggu esok walaupun masih belum ada 'feel' berjalan lagi. Mungkin tak sempat nak fikirkan pasal percutian kali ini. Lagipun Kak Lin tak menyertai kami kali ni. Kurang seorang 'comittee'. (",)

Semoga kami sentiasa dilindungi Allah dan selamat pulang.



DOA KETIKA MUSAFIR
سالله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ ‏‏اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ‏ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا ‏ ‏تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا‏ سَفَرَنَا هَذَا‏ وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ،‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ‏ وَالْخَلِيفَةُ فِي‏ الأَهْلِ ‏،‏ اللَّهُمَّ‏ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ ‏ ‏وَعْثَاءِ‏ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ ‏ ‏الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,  Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”

Amin Ya Allah Ya Rabbal 'alamin...

Monday, February 7, 2011

Dari mata hati Mar.. Kenangan lama mengulit minda - Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم

 Saya masih teringat kenangan lama semasa bersekolah dahulu. Masa sekolah rendah, saya ni seorang yang pendiam. Sesiapa yang kenal saya sekarang ni mungkin gelak besar bila saya beritahu pasal ni. Maklumlah, sekarang ni saya ni memang tak pendiam langsung. Pantang dapat bercakap, mesti tak berhenti. Tapi itu dulu, semasa saya masih kecil,. Banyak yang saya lalui yang menyebabkan saya menjadi pendiam. Saya lebih banyak berfikir dan memerhati orang lain. Lebih-lebih lagi dengan adik beradik yang ramai, selalu dikritik dan di'kondem' menyebabkan 'self esteem' saya menjadi rendah. Jadi, saya lebih suka menjadi seseorang yang 'invisible'. Tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan saya dengan akal yang bijak, sama seperti adik beradik yang lain.




Bila melangkah ke sekolah menengah, saya dimasukkan ke sekolah berasrama. Oleh kerana keputusan UPSR saya tidaklah cemerlang sangat, dapat la juga masuk ke Sdasa di PD. Tidak seperti adik beradik saya yang lain, saya bukan bersekolah di sekolah agama tapi masih lagi mengambil aliran agama iaitu belajar satu subjek tambahan, Bahasa Arab. 
 Sepanjang zaman persekolahan saya, di Sdasa paling banyak kenangan yang tak boleh dilupakan. Dari minggu orientasi sehinggalah hari terakhir saya semasa bulan pertama di Tingkatan Empat. Seperti yang diceritakan dalam post pertama, saya tak pernah menangis semasa masuk di asrama di Tingkatan Satu dulu. Saya memang keras hati sikit. Selalu nak tunjuk kuat walaupun sangat 'fragile' di dalam. 

Kehidupan sebagai pelajar Tingkatan Satu bermula dengan minggu orientasi. Boleh dikatakan saya mengalami 'culture shock' la jugak. Maklumlah tak pernah tahu yang minggu orientasi akan dijalankan macam tu. Setiap pelajar asrama akan diberikan nama gelaran yang dipanggil 'oriented name' dan kami kena memakai manila kad yang besar yang tertulis nama oriented tu, bukan nama sebenar kami. Semua akan dipanggil dengan nama oriented tu, malah akan didenda kalau tak guna nama tu. Kelakar kan... memang lekat nama tu sampai sekarang. Kadang-kadang tu memang tak tahu nama sebenar budak-budak asrama sebab semunya dipanggil dengan nama oriented. 

Nama tu satu hal lepas tu memang kena ragging la sepanjang minggu orientasi. Kalau aspuri, setakat kena ambilkan makanan untuk senior tu kira 'common' la. Aktiviti wajib sepanjang minggu orientasi, kena ambil tanda tangan senior-senior. Setiap malam, semua akan berkumpul kat dewan makan, lepas tu minta tanda tangan senior termasuklah senior lelaki. Masa ni memang senior-senior 'enjoy' la. Memang masa untuk 'ragging' junior. Macam-macam aksi boleh tengak kat dalam dewan sepanjang minggu orientasi ni. Ada, yang menyanyi atas meja, yang jual surat khabar, yang bercakap dengan gambar Agung dan ada yang main kejar-kejar dengan senior. Perit masa tu tapi bila dikenangkan, seronok juga. (",).

Ada beberapa kenangan yang saya masih ingat sampai sekarang semasa minggu orientasi tu, yang saya tak boleh lupa. Ada satu malam tu, tak silap saya masa tu nak ambil tanda tangan kak Lat kot. Dia mekapkan saya, pakaikan saya lipstik lepas tu dia suruh saya pergi ke satu kumpulan senior lelaki tingkatan 3 yang tengah duduk dihujung dewan. Ayat yang takkan saya lupakan seumur hidup, bila kak Lat suruh saya cakap dekat senior-senior tu 'bang, saya cantik tak?'. Maunya tak gelak besar abang-abang tu. Malunya saya tak terkata. Memang merah rasanya muka saya masa tu. Dalam kumpulan senior tu jugalah, salah seorangnya jadi abang angkat saya. Tapi saya 'clash'kan tak sampai sebulan. Budak junior yang berani. ahahahha...Yang tu saya ceritakan kemudian.

Kisah kedua yang saya tak boleh lupa, bila saya marahkan kawan satu dorm saya, Pettam. Masa tu kami baru pulang dari sekolah. Masa tingkatan satu, saya bersekolah di sesi petang. Jadi kelas habis lebih kurang jam 6.30 petang. Deangn penat, lapar dan tak solat lagi, kami balik ke dorm tapi kakak senior tak bagi kami masuk ke dorm selagi tak cukup semua budak tingkatan satu. Saya masih ingat ketua dorm kami masa tu, kak teh. Dalam menunggu semua budak tingkatan satu balik, rupa-rupanya Pettam pula berjumpa dengan seorang budak lelaki di gazebo sekolah tak silap saya. Kami boleh nampak dari dorm, dan kami pun jerit-jerit panggil dia suruh balik cepat. Sakitnya hati bila dia buat tak tahu je. Saya ni pula memang agak panas baran orangnya, maklumlah masih muda remaja lagi. Saya pun turun dan pergi ke arah Pettam dengan perasaan marah yang meluap, saya marah dia depan budak lelaki tu (dah lupa nama dia) sampai Pettam menangis. Memang bila kita dalam keadaan marah, kita tak sedar apa yang kita cakapkan dan boleh lukakan hati orang lain. Patutlah syaitan suka bila manusia dalam keadaan marah. Saya memang menyesal lepas tu sebab marahkan Pettam tanpa berfikir. Tapi disebabkan kejadian tu, kakak-kakak senior tak jadi denda kami sebab kena pujuk Pettam yang tengah menangis. Selamat untuk satu hari,tapi hari-hari yang lain masih kena denda. Disebabkan kejadian itu juga, saya mula muhasabah diri dan cuba untuk mengawal marah saya. Memang susah, tapi perlahan-lahan dan mengambil masa bertahun-tahun untuk saya kawal panas baran saya. Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh kawal diri dan tidak pemarah lagi.

To be continued.......

Sunday, February 6, 2011

Dari mata hati Mar... Bekerja mestilah ikhlas dari hati

Bismillahi Ar Rahman Ar Rahim..


Terasa penatnya hari ni. 10 jam bekerja tanpa henti, lebih dari hari biasa kerja. Maklumlah, setiap awal bulan tak kira cuti umum atau tidak, mesti ada yang kena msuk kerja untuk buat 'pre loading data checking'. Walaupun bulan ni boleh dikatakan tidak ada banyak sangat masalah, tapi data 'Term Loan' dengan 'Current Accts' pula yang ada masalah. Masuk ke pejabat 3 hari berturut kerana dua 'table' ni. Penat sungguh rasanya. Minda pun penat...

Kadang-kadang rasa nak mogok dan tak nak buat kerja. Tapi setiap kali masuk ke pejabat, pasti terus buat kerja walaupun kadang-kadang malas nak buat kerja. Kerja adalah ibadah dan satu amanah. Terasa serba tak kena kalau tak siapkan kerja. Walaupun ada masa-masanya aku layari juga internet, tapi kadang-kadang kita kena berhenti sekejap untuk rehatkan otak. Kerja berjam-jam tanpa henti pun tak bagus untuk kesihatan.

Macam mana nak ikhlaskan hati bekerja? Kadang-kadang bila dah stress sangat dan rasa nak marah seseorang, aku cepat-cepat istighfar, siap tulis kat kertas lagi tu. Tapi kadang-kadang tu tak jalan jugak. Maklumlah, aku ni insan biasa jer, kadang-kdang kalah dengan hasutan syaitan. Sekurang-kurangnya aku yang sekarang ni dah sedar diri berbanding dulu. Tak guna ikut perasaan dan merungut tanpa henti. Jadi, aku berazam nak kurangkan merungut, mengeluh dah tidak salahkan orang lain. Cuba untuk berfikiran positif selalu dan 'take it easy' jangan selalu stress. Tapi dalam dunia pekerjaan, pasti ada tekanan cuma bagaimana kita menangani tekanan tersebut. 
 
Aku masih lagi belajar mengawal diri dan tekanan kerja. Tapi Alhamdulillah, rasanya aku lagi mudah serap tekanan kerja berbanding dengan dulu. Aku masih perlu melatih diri untuk kurangkan merungut dan mengeluh. Insyaallah akan akan terus mencuba. Cuba untuk selalu mengikhlaskan hati bekerja hanya kerana Allah.

Mar akan terus berusaha.. Insyaallah..
 

Saturday, February 5, 2011

Dari mata hati Mar.. Kenangan lama mengulit minda

Bismillahi Ar Rahman Ar Rahim

Dari zaman kecilku, orang selalu ingat aku ni tergolong dari kalangan budak-budak pandai. Tapi aku sendiri tak pernah rasa diriku ini pandai. Zaman sekolah rendahku, aku seorang yang senyap dan memendam rasa. Tidak ramai yang tahu apa yang ada dalam hatiku. Mempunyai adik beradik yang ramai membentuk peribadiku seperti sekarang, tak pandai berkongsi rahsia hati dengan keluarga.

Aku lebih selesa membawa diri, menyimpan rahsia hati dan kadang-kadang, lebih banyak berkongsi dengan kawan-kawan. Oleh kerana abang-abang dan kakak ku semuanya berjaya dalam pendidikan, aku juga tak mahu kalah dengan mereka. Teringat kisah hari pertama aku masuk asrama semasa Tingkatan Satu. Oleh kerana adik beradikku yang lain semuanya masuk asrama, jadi aku bertekad aku tak akan menangis dan mesti menjadi kuat. Azamku dalam hati. Ya benar, aku antara junior Tingkatan Satu yang tak menangis langsung walaupun hingga habis minggu orientasi. Walaupun tergugat juga dengan rakan-rakan yang baru dikenali yang seringkali menelefon keluarga sambil menangis. Aku tahan diri untuk tunjukkan ketabahan hati dengan tidak kerap menelefon rumah, lagipun telefon berada dalam bilik abah. Alasan tambahan untutk tidak menelefon. (^_^)


Banyak kenangan manis semasa aku di sekolah tersebut. Banyak yang ingin diceritakan tapi mungkin bukan malam ni. Dah terlalu lewat sedangkan cerita masih panjang. Jadi Cik Mar nak tidur dulu. The story will be continued later.......