Sunday, March 6, 2011

Kerja oh kerja..

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama saya tak menulis dalam blog ni sejak sebelum saya bercuti ke Thailand. Selain daripada kesibukan bekerja, mood nak menulis pun tiada. Malah gambar-gambar yang diambil semasa percutian pun saya belum sempat tengok dan edit.

Hari ini masa dihabiskan di pejabat, menyiapkan report untuk FRS139. Sebenarnya saya sangat letih dengan kerja saya sekarang. Minat dan semangat pun semakin hilang untuk terus bekerja di sini. Mungkin setelah empat tahun saya di sini, saya perlu beralih angin mencari kerja lain. Saya sudah pun mula mencari kerja-kerja lain tapi nampaknya nasib belum menyebelahi saya. Nampaknya saya kena teruskan kerja di sini.

Kerja saya ni bukanlah teruk sangat. Agak menarik sebenarnya kerana kami bekerja dengan pelbagai jabatan yang perlukan data. Tapi saya kena selalu 'stayback' dan boleh dikatakan hampir setiap hari saya balik malam. Kadang-kadang terfikir, sampai bila saya perlu bekerja macam ni. Sekarang ni bolehlah tahan lagi sebab saya belum berkahwin, tapi nanti kalau sudah berkeluarga macam mana? Saya tak nak mengabaikan keluarga saya nanti terutamanya jika sudah ada anak. Saya tahu lebih banyak keburukan pada keluarga jika mengutamakan kerja lebih dari keluarga. Nau'zubillah. Janganlah saya jadi begitu nanti.

Jam dah pun menunjukkan 4.00 petang dan saya masih di pejabat. Sampai pukul berapa saya nak 'stay' di pejabat hari ni, saya pun tak pasti. Masih ada beberapa report FRS yang masih belum saya buat. Nafas dah semakin semput. Hmmmm...