Friday, January 24, 2014

'Mengembara' dalam Kembara Sastera...

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah.. Baru sahaja selesai membaca buku Kembara Sastera. Buku yang aku beli terus dari penulisnya kak Nisah Haron semasa menghadiri kursus terjemahan di ITBM Disember lepas. Lama aku perap buku ini sebelum mula membacanya malam ni. Kononnya nak baca tanpa gangguan supaya boleh menghayati perjalanan kembara ini. Akhirnya malam ini berjaya juga aku habiskan buku ini, tika berseorangan tanpa tv dan tanpa manusia lain dalam rumah ini.

Kak Nisah terbang mengembara seorang diri menjelajah bumi UK dan kemudian ke Dublin, Ireland dalam masa hanya 13 hari! Menakjubkan dan mengagumkan! Kembara tergesa bak kata Pak Samad Said dalam tulisan prolognya untuk buku ini. Walaupun perjalanannya singkat tetapi tak terasa singkat apabila membaca buku ini. Kak Nisah bijak menyusun kronologi perjalanan kembaranya ditambah pula dengan gambar-gambar yang banyak ditangkap sepanjang perjalanan kembaranya. Setiap tempat yang dilawati diceritakan dengan terperinci seolah-olah kita yang membacanya turut berada di situ. Yang tak dapat dilawati pula, ada saja maklumat tambahan yang diberikan beserta dengan rujukan sekali. Pendek kata, memang terasa mengembara sekali la bila membaca buku ini.

Tapi untuk sebahagian orang yang suka membaca tapi bukan karya sastera, mungkin akan berasa sedikit bosan bila membaca buku ini. Mungkin kerana kak nisah mengguna bahasa melayu tinggi dalam penulisannya. Sebahagian orang (mungkin aku juga termasuk) tidak biasa dengan stail penulisan sebegini mungkin tak dapat menjiwai kembara sastera apabila membaca buku ini. Tapi aku tetap suka dengan buku ini sehingga dah mula berangan-angan nak mengembara seperti kak nisah. Insyaallah mungkin satu hari nanti. Kalau pun bukan kembara sastera, kembara melihat budaya dan cara hidup berbeza di bumi asing juga dah cukup untukku. (^_^)

Enjoy reading!

 


Monday, January 6, 2014

Jom Solat...!













بسم الله الرحمن الرحيم


A : Jom solat...
B : Errr... aku tak boleh solat. Uzur..
(aik, takkan dah sebulan pun uzur lagi..?)

A : Jom solat...
C : Ko pergilah dulu. Aku banyak kerja lagi ni. Tak boleh tinggalkan ni.


A : Jom solat..
D : Takpe la. Nanti aku qadha solat kat rumah je. Telekung kat surau shopping complex tu kotor la. Geli aku nak guna.
(Boleh pulak qadha solat sesuka hati. Solat wajib dilakukan pada waktunya)

A : Jom solat...
E : Tengah meeting penting ni. Tak boleh nak tinggalkan. Kalau sempat, lepas meeting saya solat la.

A : Jom solat...
F : Errr...pakaian aku dah kotor. Peluh-peluh dan melekit la. Ko solat la dulu.

Anekdot santai tentang alasan-alasan bagi orang yang meninggalkan solat. Ada antaranya itu memang saya alami sendiri dan ada yang saya reka sendiri. Walaupun rekaan tapi saya percaya ianya mungkin terjadi di tempat lain.
Allah s.a.w telah berfirman
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan sungguh-sungguh); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar” (Al-Ankabut: 45)
Solat merupakan salah satu rukun Islam, yakni tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak bersolat. Tapi masih ramai yang mengambil mudah tentang solat. Walaupun mereka tahu kewajipan solat, belajar sejak dari sekolah rendah perlaksanaan solat tapi masih ramai yang ambil enteng tentang solat.


Saya juga bukanlah insan yang sempurna. Kadang-kadang terleka dan seringkali lalai dalam menjalani ibadah. Tapi untuk sengaja meninggalkan solat adalah sesuatu perkara yang tidak mungkin akan saya lakukan. Selalai mana saya, solat tetap akan dilaksanakan pada waktunya walaupun kadang-kadang hampir ke akhir waktu. Saya sedar kelalaian diri saya dan Insyaallah saya sentiasa berazam untuk sentiasa solat di awal waktu.


Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan dan hidayah untuk berubah menjadi hambaMu yang taat melaksaankan perintahMu dan tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawabku terhadapMu. Ya Allah rabbal A'lamin.

Menjengah Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah sekian lama terhenti, hari ini aku menjenguk blogku ini. Subhanallah, sudah lama rupanya aku tidak menulis apa-apa di blog ini. Hampir dua tahun blog ini sunyi dari sebarang cerita. Kadang-kadang aku ada terfikir untuk kembali menulis, tapi selalunya aku abaikan dan akhir blog ini terbiar begitu sahaja selama dua tahun ini. Bukan aku tidak mahu menulis, tapi aku seringkali tiada idea untuk menulis tentang apa. Aku bukanlah seorang penulis yang baik. Lagi pun aku jarang sekali ingin berkongsi cerita dengan orang lain.

InsyaAllah, sempena tahun baru 2014 ini, aku ingin cuba memperbaiki skil menulisku. Akan kucuba untuk lebih kerap menulis di sini. Melatih jari jemariku menaip dan mengasah fikiranku untuk menjadi lebih kreatif. Tambahan pula, aku sudah tidak berkerja lagi sekarang. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen Ya Rabb.