Friday, January 24, 2014

'Mengembara' dalam Kembara Sastera...

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah.. Baru sahaja selesai membaca buku Kembara Sastera. Buku yang aku beli terus dari penulisnya kak Nisah Haron semasa menghadiri kursus terjemahan di ITBM Disember lepas. Lama aku perap buku ini sebelum mula membacanya malam ni. Kononnya nak baca tanpa gangguan supaya boleh menghayati perjalanan kembara ini. Akhirnya malam ini berjaya juga aku habiskan buku ini, tika berseorangan tanpa tv dan tanpa manusia lain dalam rumah ini.

Kak Nisah terbang mengembara seorang diri menjelajah bumi UK dan kemudian ke Dublin, Ireland dalam masa hanya 13 hari! Menakjubkan dan mengagumkan! Kembara tergesa bak kata Pak Samad Said dalam tulisan prolognya untuk buku ini. Walaupun perjalanannya singkat tetapi tak terasa singkat apabila membaca buku ini. Kak Nisah bijak menyusun kronologi perjalanan kembaranya ditambah pula dengan gambar-gambar yang banyak ditangkap sepanjang perjalanan kembaranya. Setiap tempat yang dilawati diceritakan dengan terperinci seolah-olah kita yang membacanya turut berada di situ. Yang tak dapat dilawati pula, ada saja maklumat tambahan yang diberikan beserta dengan rujukan sekali. Pendek kata, memang terasa mengembara sekali la bila membaca buku ini.

Tapi untuk sebahagian orang yang suka membaca tapi bukan karya sastera, mungkin akan berasa sedikit bosan bila membaca buku ini. Mungkin kerana kak nisah mengguna bahasa melayu tinggi dalam penulisannya. Sebahagian orang (mungkin aku juga termasuk) tidak biasa dengan stail penulisan sebegini mungkin tak dapat menjiwai kembara sastera apabila membaca buku ini. Tapi aku tetap suka dengan buku ini sehingga dah mula berangan-angan nak mengembara seperti kak nisah. Insyaallah mungkin satu hari nanti. Kalau pun bukan kembara sastera, kembara melihat budaya dan cara hidup berbeza di bumi asing juga dah cukup untukku. (^_^)

Enjoy reading!

 


Monday, January 6, 2014

Jom Solat...!













بسم الله الرحمن الرحيم


A : Jom solat...
B : Errr... aku tak boleh solat. Uzur..
(aik, takkan dah sebulan pun uzur lagi..?)

A : Jom solat...
C : Ko pergilah dulu. Aku banyak kerja lagi ni. Tak boleh tinggalkan ni.


A : Jom solat..
D : Takpe la. Nanti aku qadha solat kat rumah je. Telekung kat surau shopping complex tu kotor la. Geli aku nak guna.
(Boleh pulak qadha solat sesuka hati. Solat wajib dilakukan pada waktunya)

A : Jom solat...
E : Tengah meeting penting ni. Tak boleh nak tinggalkan. Kalau sempat, lepas meeting saya solat la.

A : Jom solat...
F : Errr...pakaian aku dah kotor. Peluh-peluh dan melekit la. Ko solat la dulu.

Anekdot santai tentang alasan-alasan bagi orang yang meninggalkan solat. Ada antaranya itu memang saya alami sendiri dan ada yang saya reka sendiri. Walaupun rekaan tapi saya percaya ianya mungkin terjadi di tempat lain.
Allah s.a.w telah berfirman
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan sungguh-sungguh); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar” (Al-Ankabut: 45)
Solat merupakan salah satu rukun Islam, yakni tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak bersolat. Tapi masih ramai yang mengambil mudah tentang solat. Walaupun mereka tahu kewajipan solat, belajar sejak dari sekolah rendah perlaksanaan solat tapi masih ramai yang ambil enteng tentang solat.


Saya juga bukanlah insan yang sempurna. Kadang-kadang terleka dan seringkali lalai dalam menjalani ibadah. Tapi untuk sengaja meninggalkan solat adalah sesuatu perkara yang tidak mungkin akan saya lakukan. Selalai mana saya, solat tetap akan dilaksanakan pada waktunya walaupun kadang-kadang hampir ke akhir waktu. Saya sedar kelalaian diri saya dan Insyaallah saya sentiasa berazam untuk sentiasa solat di awal waktu.


Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan dan hidayah untuk berubah menjadi hambaMu yang taat melaksaankan perintahMu dan tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawabku terhadapMu. Ya Allah rabbal A'lamin.

Menjengah Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah sekian lama terhenti, hari ini aku menjenguk blogku ini. Subhanallah, sudah lama rupanya aku tidak menulis apa-apa di blog ini. Hampir dua tahun blog ini sunyi dari sebarang cerita. Kadang-kadang aku ada terfikir untuk kembali menulis, tapi selalunya aku abaikan dan akhir blog ini terbiar begitu sahaja selama dua tahun ini. Bukan aku tidak mahu menulis, tapi aku seringkali tiada idea untuk menulis tentang apa. Aku bukanlah seorang penulis yang baik. Lagi pun aku jarang sekali ingin berkongsi cerita dengan orang lain.

InsyaAllah, sempena tahun baru 2014 ini, aku ingin cuba memperbaiki skil menulisku. Akan kucuba untuk lebih kerap menulis di sini. Melatih jari jemariku menaip dan mengasah fikiranku untuk menjadi lebih kreatif. Tambahan pula, aku sudah tidak berkerja lagi sekarang. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen Ya Rabb.

Thursday, February 16, 2012

The journey to HCM...

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku baru sahaja pulang dari bercuti ke Ho Chi Minh, destinasi percutian di luar negara untuk tahun ini. HCM ni memang syurga membeli belah untuk perempuan kerana kain-kain yg dijual memang cantik-cantik dan murah-murah. Tak pernah-pernah duitku habis bershopping tapi di HCM ni habis licin duit yg aku bawak. Tapi barang yg dibeli tak la byk mana pun. Maklumla budget shopping memang sikit jer.

Sedikit coretan percutian kali ini.
Seperti biasa, percutian kali ini disertai oleh 6 org geng cuti-cuti. Kami terbang ke HCM pada hari sabtu petang jam 2.55pm. Mesti pelik kan kenapa ambil flight hari Sabtu, tapi udah timing itu jer tiketnya murah. Sampai di HCM dah petang dalam jam 5 lebih. Di HCM kami menginap ni hotel Nhat Ha 2. Kalau ikut sebutan Vietnam, Nhat Ha disebut sbg 'nyet ha' dengan sedikit sengau.ahahha.. Memang agak sukar nak sebut bahasa Vietnam.
Selepas check in di hotel, kami letak barang di bilik dan terus berjalan di sekitar HCM. Survey dulu tempat-tempat menarik sekitar HCM terutamanya kawasan shopping. Lagipun ini kali pertama kami semua sampai di HCM. Destinasi pertama, sudah tentulah ke Benthan Market. Kawasan wajib dilawati bila ke HCM sebab market ini adalah lubuk membeli belah. Benthan Market dibuka seawal jam 7 pagi setiap hari tapi tutup pada jam 6 ptg. Jadi, hari pertama kami sampai di HCM pun sudah lewat petang. Bila kami masuk ke kawasan Benthan Market, mereka sedang bersiap2 nak tutup kedai dan langsung tak layan kami. Kami pun jalan2 disekitar sambil melihat dan 'aim' barang2 yg boleh dibeli tanpa membeli apa2.
Oleh kerana hari masih awal, kami bercadang untuk pusing2 bejalan kaki disekitar bandar HCM sebelum makan malam. Chief of mission, Ms rabithh dah bersedia dgn map ditangan dan kami pun meneruskan perjalanan. Mula-mula kami pergi mencari restoren halal yg byk disebut dlm blog2 di internet. Dalan 10 minit berjalan akhirnya kami jumpa restoren itu; V.N Halal. Oleh kerana masing-masing masih belum lapar, kami meneruskan explorasi kami dahulu di sekitar bandar HCM & berhenti untuk makan malam dalam perjalanan balik. Konon2 nya konfiden boleh baca map & tak sesat. Tapi lepas sejam lebih kami berjalan, kami dah start sesat. Makin lama makin jauh dari kawasan hotel. Dari district satu hingga ke district tiga kami dah berjalan. Rupa-rupanya sistem jalan di vietnam ni sangat mengelirukan. Kami cuba follow jalan2 yg ada jalan map, tapi rupanye jalan2 tersebut boleh bersambung-sambung dan akhirnye kami sesat. Bila kami berhenti bertanya pada org di dalam kedai, mereka dah geleng kepala. Kena naik taxi kalau nak balik ke kawasan hotel. "cannot walk, use taxi...far..far". Dejavu macam tragedi kat Thailand. Akhirnya kami pun tahan teksi dan minta teksi hantar kami pulang. Oleh kerana perut dah berlagu2 sebab dah sejam lebih berjalan, kami mintak driver teksi hantar kami ke restoren VN Halal yg kami jumpa awal tadi. Masing-masing dok gelak je dalam teksi. Berlagak pandai tapi akhirnye sesat juga.

akan bersambung....

Thursday, December 8, 2011

Merajuk?

بسم الله الرحمن الرحيم


Berbual dengan seseorang baru-baru ni, membuatkan aku berfikir.
Merajuk dgn parent?
Tak puas hati dgn mereka?
Mereka berat sebelah?
Mereka tak faham kemahuan kita?
Mereka memaksa buat sesuatu yg kita tak suka?
Mereka campur tgn dalam urusan peribadi?
Allahuakbar... Perkara yang kecil pun boleh membuatkan anda merajuk dgn ibubapa anda?
Ya memang tak dinafikan, sesetengah ibu bapa memang kadang kurang rasional tindakan mereka. Cubalah fahami hasrat hati mereka, sebab kenapa mereka begitu. Mungkin juga silapnya pada diri kira sendiri yang tak sensitif dgn perasaan ibu bapa lantas dalam diam hati mereka terguris. Kadang kala hati ibu & ayah menyimpan seribu rahsia tentang anak2 yg tidak dapat mereka luahkan.
Apa lah sangat rajuk si anak jika ibu atau ayah tidak mahu mengikuti kehendak si anak jika nak dibanding dgn pengorbanan ibu mengandungkan kita selama 9 bulan, berjaga di tenga malam apabila kita menangis laparkan susu dan bersusah payah membesarkan anak-anak yang mempunyai seribu satu karakter yang berlainan.
Ada juga yang merasakan ibu bapa melebihkan sayang pada salah seorang anak dalam keluarga. Ibu bapa pilih kasih diantara anak-anak, lantar membuatkan hati anak merasa jauh dan meminggirkan diri. Masyaallah, tidak layak rasanya seorang anak hendak mempersoalkan kasih sayang ibu bapa. Andai semua hak seorang anak telah dipenuhi, cukup keperluan & kasih sayang dari ibu bapa telah diberi, cuma hanya lebih perhatian diberikan pada yg lain. Redhalah andaikata kasih ibu bapa itu lebih pada yg lain, mungkin yg disana lebih perlukan perhatian dari yang disini. Jgnlah menjadi anak yg tamak dgn kasih sayang itu, bersyukurlah dgn kasih sayang yg diberi. Apa yang diperlukan hanyalah keredhaan dari ibubapa agar hidup terus diberkati


Jangan lah terasa hati jika hanya mereka terlupa menelefon meberitahu sesuatu berita.. mungkin saja mereka tidak mahu mengganggu kesibukan si anak


Janganlah merajuk jika mereka tidak mahu melayan kehendak kita, mungkin ada rahsia disebalik perbuatan mereka


Janganlah marah jika mereka mencampuri urusan kita. Apa yg mereka mahukan adalah yang terbaik untuk anak mereka.


Kasihi lah mereka walaupun kita bukan anak kesayangan mereka kerana merekalah ibubapa yang melahirkan kita ke dunia ini


Ibu bapa bukanlah orang yg maksum. Mereka juga melakukan kesilapan tanpa sedar. Tidak ada ibu bapa yg tidak sayangkan anak. Semua ibu bapa mahukan yg terbaik untuk anak-anak mereka. Maka, bersangka baik lah pada mereka, dan sentiasalah taat pada mereka selagi permintaan mereka tidak melanggar syariat agama.


Aku belum berkahwin, belum mempunyai anak. Jadi aku mungkin tidak tahu perasaan menjadi seorang ibu. Tapi aku punya ibu, yg aku kasihi sepenuh hati. Hati ibu cuba kuselami dan kufahami walaupun aku bukan anak yg terbaik untuk ibu. Masih byk perkara yg kulakukan mungkin menjerut hati ibu tanpa kusedari. Ibu juga punya seribu satu rasa dgn sikap anak-anak yg mempunyai pelbagai karakter & perangai. Tapi ibu tetap ibu. Tetap memendam rasa & menelan semuanya seorang diri. Ibu yg hidup seorang diri membesarkan kami 8 beradik tanpa abah disisi, jadi layakkah aku nak persoalkan kasih ibu?


Waallahua'lam.

Thursday, November 24, 2011

Lama tak jenguk blog ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Diam tak diam rupanya hampir setengah tahun saya tak update apa-apa di blog ini. Banyak sebenarnya cerita & pengalaman yang saya dapat sepanjang hampir setengah tahun ni, tapi mungkin bukan malam ini untuk saya coretkan apa-apa. Malam makin lewat dan esok saya masih kena bekerja. Insyaallah akan saya cari masa untuk kongsikan apa-apa di blog ini nanti.

Sunday, March 6, 2011

Kerja oh kerja..

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama saya tak menulis dalam blog ni sejak sebelum saya bercuti ke Thailand. Selain daripada kesibukan bekerja, mood nak menulis pun tiada. Malah gambar-gambar yang diambil semasa percutian pun saya belum sempat tengok dan edit.

Hari ini masa dihabiskan di pejabat, menyiapkan report untuk FRS139. Sebenarnya saya sangat letih dengan kerja saya sekarang. Minat dan semangat pun semakin hilang untuk terus bekerja di sini. Mungkin setelah empat tahun saya di sini, saya perlu beralih angin mencari kerja lain. Saya sudah pun mula mencari kerja-kerja lain tapi nampaknya nasib belum menyebelahi saya. Nampaknya saya kena teruskan kerja di sini.

Kerja saya ni bukanlah teruk sangat. Agak menarik sebenarnya kerana kami bekerja dengan pelbagai jabatan yang perlukan data. Tapi saya kena selalu 'stayback' dan boleh dikatakan hampir setiap hari saya balik malam. Kadang-kadang terfikir, sampai bila saya perlu bekerja macam ni. Sekarang ni bolehlah tahan lagi sebab saya belum berkahwin, tapi nanti kalau sudah berkeluarga macam mana? Saya tak nak mengabaikan keluarga saya nanti terutamanya jika sudah ada anak. Saya tahu lebih banyak keburukan pada keluarga jika mengutamakan kerja lebih dari keluarga. Nau'zubillah. Janganlah saya jadi begitu nanti.

Jam dah pun menunjukkan 4.00 petang dan saya masih di pejabat. Sampai pukul berapa saya nak 'stay' di pejabat hari ni, saya pun tak pasti. Masih ada beberapa report FRS yang masih belum saya buat. Nafas dah semakin semput. Hmmmm...