Thursday, December 8, 2011

Merajuk?

بسم الله الرحمن الرحيم


Berbual dengan seseorang baru-baru ni, membuatkan aku berfikir.
Merajuk dgn parent?
Tak puas hati dgn mereka?
Mereka berat sebelah?
Mereka tak faham kemahuan kita?
Mereka memaksa buat sesuatu yg kita tak suka?
Mereka campur tgn dalam urusan peribadi?
Allahuakbar... Perkara yang kecil pun boleh membuatkan anda merajuk dgn ibubapa anda?
Ya memang tak dinafikan, sesetengah ibu bapa memang kadang kurang rasional tindakan mereka. Cubalah fahami hasrat hati mereka, sebab kenapa mereka begitu. Mungkin juga silapnya pada diri kira sendiri yang tak sensitif dgn perasaan ibu bapa lantas dalam diam hati mereka terguris. Kadang kala hati ibu & ayah menyimpan seribu rahsia tentang anak2 yg tidak dapat mereka luahkan.
Apa lah sangat rajuk si anak jika ibu atau ayah tidak mahu mengikuti kehendak si anak jika nak dibanding dgn pengorbanan ibu mengandungkan kita selama 9 bulan, berjaga di tenga malam apabila kita menangis laparkan susu dan bersusah payah membesarkan anak-anak yang mempunyai seribu satu karakter yang berlainan.
Ada juga yang merasakan ibu bapa melebihkan sayang pada salah seorang anak dalam keluarga. Ibu bapa pilih kasih diantara anak-anak, lantar membuatkan hati anak merasa jauh dan meminggirkan diri. Masyaallah, tidak layak rasanya seorang anak hendak mempersoalkan kasih sayang ibu bapa. Andai semua hak seorang anak telah dipenuhi, cukup keperluan & kasih sayang dari ibu bapa telah diberi, cuma hanya lebih perhatian diberikan pada yg lain. Redhalah andaikata kasih ibu bapa itu lebih pada yg lain, mungkin yg disana lebih perlukan perhatian dari yang disini. Jgnlah menjadi anak yg tamak dgn kasih sayang itu, bersyukurlah dgn kasih sayang yg diberi. Apa yang diperlukan hanyalah keredhaan dari ibubapa agar hidup terus diberkati


Jangan lah terasa hati jika hanya mereka terlupa menelefon meberitahu sesuatu berita.. mungkin saja mereka tidak mahu mengganggu kesibukan si anak


Janganlah merajuk jika mereka tidak mahu melayan kehendak kita, mungkin ada rahsia disebalik perbuatan mereka


Janganlah marah jika mereka mencampuri urusan kita. Apa yg mereka mahukan adalah yang terbaik untuk anak mereka.


Kasihi lah mereka walaupun kita bukan anak kesayangan mereka kerana merekalah ibubapa yang melahirkan kita ke dunia ini


Ibu bapa bukanlah orang yg maksum. Mereka juga melakukan kesilapan tanpa sedar. Tidak ada ibu bapa yg tidak sayangkan anak. Semua ibu bapa mahukan yg terbaik untuk anak-anak mereka. Maka, bersangka baik lah pada mereka, dan sentiasalah taat pada mereka selagi permintaan mereka tidak melanggar syariat agama.


Aku belum berkahwin, belum mempunyai anak. Jadi aku mungkin tidak tahu perasaan menjadi seorang ibu. Tapi aku punya ibu, yg aku kasihi sepenuh hati. Hati ibu cuba kuselami dan kufahami walaupun aku bukan anak yg terbaik untuk ibu. Masih byk perkara yg kulakukan mungkin menjerut hati ibu tanpa kusedari. Ibu juga punya seribu satu rasa dgn sikap anak-anak yg mempunyai pelbagai karakter & perangai. Tapi ibu tetap ibu. Tetap memendam rasa & menelan semuanya seorang diri. Ibu yg hidup seorang diri membesarkan kami 8 beradik tanpa abah disisi, jadi layakkah aku nak persoalkan kasih ibu?


Waallahua'lam.

No comments:

Post a Comment