Friday, January 24, 2014

'Mengembara' dalam Kembara Sastera...

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah.. Baru sahaja selesai membaca buku Kembara Sastera. Buku yang aku beli terus dari penulisnya kak Nisah Haron semasa menghadiri kursus terjemahan di ITBM Disember lepas. Lama aku perap buku ini sebelum mula membacanya malam ni. Kononnya nak baca tanpa gangguan supaya boleh menghayati perjalanan kembara ini. Akhirnya malam ini berjaya juga aku habiskan buku ini, tika berseorangan tanpa tv dan tanpa manusia lain dalam rumah ini.

Kak Nisah terbang mengembara seorang diri menjelajah bumi UK dan kemudian ke Dublin, Ireland dalam masa hanya 13 hari! Menakjubkan dan mengagumkan! Kembara tergesa bak kata Pak Samad Said dalam tulisan prolognya untuk buku ini. Walaupun perjalanannya singkat tetapi tak terasa singkat apabila membaca buku ini. Kak Nisah bijak menyusun kronologi perjalanan kembaranya ditambah pula dengan gambar-gambar yang banyak ditangkap sepanjang perjalanan kembaranya. Setiap tempat yang dilawati diceritakan dengan terperinci seolah-olah kita yang membacanya turut berada di situ. Yang tak dapat dilawati pula, ada saja maklumat tambahan yang diberikan beserta dengan rujukan sekali. Pendek kata, memang terasa mengembara sekali la bila membaca buku ini.

Tapi untuk sebahagian orang yang suka membaca tapi bukan karya sastera, mungkin akan berasa sedikit bosan bila membaca buku ini. Mungkin kerana kak nisah mengguna bahasa melayu tinggi dalam penulisannya. Sebahagian orang (mungkin aku juga termasuk) tidak biasa dengan stail penulisan sebegini mungkin tak dapat menjiwai kembara sastera apabila membaca buku ini. Tapi aku tetap suka dengan buku ini sehingga dah mula berangan-angan nak mengembara seperti kak nisah. Insyaallah mungkin satu hari nanti. Kalau pun bukan kembara sastera, kembara melihat budaya dan cara hidup berbeza di bumi asing juga dah cukup untukku. (^_^)

Enjoy reading!

 


No comments:

Post a Comment